Saturday, October 9, 2010

Bagaimanakah kematianku? (T_T)


Tergambar dimindaku..terasa dihatiku..
"bagaimanakah kematianku?

"apakah aku akan mati dalam keadaan kafir? wal iyya dzubillah"

"apakah aku akan mati dalam keadaan mukmin? amin ya Allah, amin ya rabbi, amin ya rahman, amin ya rahim".

Namun, aku tidak tenang dengannya..lebih-lebih lagi, siang tadi aku dikejutkan oleh beberapa mesej "yang mahu membunuh diri" dan membuat aku terfikir tentang "cara kematianku"...astaghfirullah..

lalu aku teringat tentang ayat yang dibaca oleh seorang babo di bulan Ramadhan yang lalu..

firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Neraka Jahanam meliputi orang-orang Kafir" (surah al-Taubah ayat 49).
Terdiam aku tanpa terkedu apabila mengingatinya, tidak tanpa disengajakan menitis air mataku mengenangkan setiap dosa yang ada pada jasad dan juga hati..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..
Berkata hatiku dalam keadaan sayu : "apakah aku akan mati dalam keadaan kafir diketika amalku tiada, diketika dosa yang bertimbun? astaghfirullah..wal iyya dzubillah..".
Lalu ku terduduk disitu, tanpa ku sangka, hadith yang dibaca babo untuk orang mukmin datang menyejukkan hati.. 
Daripada Imam Syafie, Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya jiwa seorang mukmin (akan wujud seekor) burung yang
sedang makan di pepohonan surga, hingga dikembalikan kejasadnya pada hari kiamat" (Riwayat An-Nasai).


Masya Allah..bahagianya bagi mereka yang mati dalam keadaan mukmin..amin ya Allah..

Dan jika yang dimakamkan adalah seorang mukmin..

maka liang kubur akan berkata : "selamat datang engkau orang yang paling aku cintai diantara sekian orang yang sedang berjalan diatasku..Akulah yang menjadi penguasamu dan engkau menjadi penghuniku, akan kau alami apa yang ku perbuat untukmu"..

maka diluaskanlah kuburnya sejauh mata memandang dan dibukakannya pintu syurga yang mana harumannya memenuhi kamar kubur itu..

amin ya rabbi..


wallahua'lam..













Akan tetapi apabila yang dikubur adalah orang kafir, maka ia berkata
 "celakalah kau ! Kau adalah orang yang paling ku benci diantara manusia yang berjalan diatasku..Kini aku menjadi penguasamu dan engkau penghuniku, akan kau alami apa yang kuperbuat untukmu"..

maka kubur itu menyempitkan dirinya sehingga badannya remuk...

astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

wallahua'lam..

"ya Allah, jasad dan hatiku begitu jijik ya Allah, hati dan jasadku berbalut dengan dosa ya Allah, namun ku tak terdaya untuk mengharungi segala seksaan-Mu andai aku mati dalam keadaan kafir ya Allah, dan aku pohon pada-Mu ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan mukmin, hadirkanlah kepadaku selimut Iman dan Islam, agar aku sentiasa bersama-Mu dalam keadaan apa sekalipun"..amin ya rabbi..

"Mati itu adalah hadiah Allah kepada orang-orang mukmin."

namun, mati yang bagaimana?

astaghfirullah..muhasabahlah diri, pilihlah jalan yang terbaik buatmu wahai sahabatku semua..

Salah pilih jalan, maka pintunya berwarna kafir, maka di sebalik pintu adalah neraka Allah..wal iyya dzubillah..


"ampunkan dosaku ya Allah, pilihlah aku di antara hamba-Mu yang diampuni dosanya", amin..

wallahua'lam...



(adaptasi ambo21)

Monday, July 19, 2010

Perkongsian:Sudah cukupkah cinta ku padanya..:?

Terbaca satu tajuk dari salah satu blog yang mula menjadi salah satu kegemaran untuk membaca setiap perkongsian ilmu yang ditulis oleh pemilik blognya yang bertajuk 'Mengapa bukan kamu yang bercouple dengannya'..Setelah di baca,setiap bait kata yang serba ringkas tapi padat telah terkesan dalam hati dan sanubari ini(tak tau la kalau hati orang lain rasa ke tak).Bukan soal 'couple' yang daku bincangkan di sini tapi tentang persahabatan yang kini kian tidak di titikberatkan atau di salahtafsirkan..terutama kepada para da'ie..

Persahabatan bukan sekadar di terjemahkan dengan bait bicara sahaja,bukan dengan perjanjian di awal perkenalan.tetapi persahabatan menitikberatkan semua perkara seperti bertanya khabar,memberi hadiah,ziarah-menziarahi dan selami hatinya, berusaha menawan hatinya itulah sahabat yang terbaik..

"Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?"

Sahabat,bukan hanya hadir di waktu kita bersuka sahaja,bukan hanya hadir di waktu kita berduka,tapi sahabat hadir di waktu kita memerlukannya..bila rasa cinta itu sangat kukuh dan teguh di antara hati-hati sahabat maka sudah tentu apabila kita hendak berbicara,masing-masing akan membuka ruang..baik yang ditegur atau menegur..masing-masing akan berbicara dan mendengar dengan penuh hikmah..waktu itu sudah tentu setiap teguran pasti kan di terima,kan terasa aliran cinta yang indah dalam hati sahabat seterusnya persahabatan kan bertambah erat.

"Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?"-langit Ilahi

Pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu Rasul SAW  akan rasa sayangnya kepada seorang sahabat yang lain.Rasulullah pun bertanya semula,apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya..sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian.Lantas,Rasulullah pun berkata"pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya".

Oleh itu,pesanan untuk diri sendiri dan teman-teman yang lain,sekiranya kita inginkan sahabat yang terbaik buat diri kita maka seharusnya kita juga berusaha menjadi sahabat yang terbaik buat mereka..usah diharapkan cahaya sekiranya kita buta untuk melihatnya.




Ya Allah,hambaMU ini mudah lupa dan sering kali terhimpit dengan kesibukan dunia,namun daku ingin menjadi sahabat yang terbaik buat mereka sahabat yang daku cinta..sekiranya daku  merupakan seorang sahabat yang tidak menghargai,KAU ampunkanlah dosaku dan KAU kurniakanlah kegembiraan kepada sahabatku...amin..


Hargai dan peliharalah selalu persahabatan dengan mereka semua yang benar-benar ingin menjadi SAHABAT

Friday, July 2, 2010

Pertemuan ini..

Seolah-olah bagaikan bertahun-tahun tidak berjumpa..segala kenangan menggamit rasa..kita bertemu melepaskan rindu yang terbuku di dada..sahabatku..terima kasih semua..hanya yang punya sahabat dan mengasihi sahabat memahami apa yang kita rasa..persahabatan kita bukan kerana paras rupa,bukan kerana manis bicara,bukan kerana bijak..tapi persahabatan kita lahir dari hati nan tulus.."Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNYA,ia tidak diketahui malaikat,sehingga ia tiada kuasa menulisnya,tidak juga diketahui syaitan hingga ia tiada kuasa merosakkannya.."


Pertemuan pada hari itu cukup menggembirakan..melucukan dan pelbagai perasaan bercampur baur..alang,achik dan ucu..hanya kami bertiga yang dapat menghadiri pertemuan itu kerana along dan angah punya urusan masing-masing yang tidak boleh di ketepikan.Walau bagaimanapun pertemuan itu tetap indah..banyak perkara yang kami lakukan bersama dalam satu hari tu..bak kata ucu ala-ala 'window shopping' sambil memikirkan dan merancang masa depan..

Kedai terakhir adalah kami ke kedai permainan..di situ langsung tidak menampakkan usia kami yang sewajarnya..sebelum ke kedai tu macam-macam kami atur dan fikirkan untuk masa depan kami..sesuai dengan umur (kononnya),tapi bila di kedai mainan tu, semua  yang dirancang terus dilupakan..astagfirullah..memang manusia mudah lupa..(kata kat diri sendiri)..kami seperti kanak-kanak yang sangat teruja melihat pelbagai mainan baru dan hampir semuanya canggih belaka..(zaman dulu mana ada mainan canggih..)..terutama ucu yang sibuk sangat dengan patung buzz light year tu.."To the infinity and beyond"..uhu..paling mengujakan bila buzz cakap menggunakan bahasa sepanyol.."Galaxia"..semua tu satu kenangan indah yang takkan berulang..tersimpan rapi di dalam kotak minda..



Terima kasih semua..terima kasih sahabat..aku tidak mahu menyesal di kemudian hari..maka ingin ku nyatakan aku cinta semua sahabatku dengan segenap hatiku.insyaallah..amin..
ana uhibbukifillah...

Sunday, March 21, 2010

Akhir Zaman ini...

Macapada kini,sudah terang lagi tersuluh kezaliman berlaku dengan berleluasa,ilmu agama dipandang remeh malah hukum agama yang tercatat dalam al-Quran juga tidak terlepas diremehkan.Seperti yang dapat kita lihat,para ulama sudah menghuraikan tentang sesuatu ayat al-Quran itu,namun ada pihak yang cuba mentafsirkan kepada makna yang lain pula.Mereka mentafsirkan dengan mengikut hawa nafsu.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dalam kitab "sahihnya" dalam bab bagaimana ilmu agama dicabut Allah s.w.t "Abdullah bin Amru bin al-'Ash berkata:Aku mendengar Rasulullah bersabda yang ertinya:Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut imu dari  hambanya dengan sekali cabut,tetapi dengan mencabut para ulama sehingga tidak ada seorang pun ulama yang ditinggalkan-Nya ,lalu manusia akan mengangkat para pemimpin yang bodoh,lalu mereka ditanya oleh manusia,mereka memberi fatwa tidak berdasarkan ilmu yang benar,lalu diri mereka tersesat dan juga menyesatkan orang lain."(hadis ini diriwatkan juga oleh Muslim,al-Tirmizi,Ahmad,Ibnu Majah dan ad-Darimi.)

Hakikatnya,semua itu sudah pun berlaku,ulama dan tokoh2 agama serta orang alim sudah ramai yang pergi.Hanya sebahagian kecil daripada mereka yang tinggal."Ilmu agama saat ini banyak dipetik daripada orang-orang bodoh dan jahil"kata para ulama mujtahidin.Salah satu juga bencana yang besar pada masa sekarang ini ialah adanya orang-orang yang dikenal taat,ahli fikah dan agama menyebarkan hal-hal yang berlawanan dengan agama itu sendiri.Mereka menokok tambah dalam perkara ibadah kepada Allah.Sedangkan Allah dalam wahyu-Nya sudah pun memberitahu bahawa Allah sudah sempurnakan "agama kamu untuk kamu".Ini bererti bahawa semua masalah agama dalam kehidupan manusia,sama ada ibadah dan muammalah sudah Allah lengkap dan sempurnakan.Sebagai hamba-Nya,kita tidak perlu menokok tambah atau mengurngkannya.

Hakikatnya sekarang ini banyak perkara yang 'salah' disangka 'benar',terutama dalam urusan sunnah dan bida'ah.Banyak perkara 'adat' menjadi 'ibadat' dan menjadikan 'ibadat' sebagai 'adat'.Selain itu,tidak sedikit jumlahnya orang yang mencapur adukkan 'sunnah dengan bida'ah',mencampurkan yang 'buruk' dengan yang 'baik'.

Kita sebagai umat islam mempunyai neraca untuk menimbang,mempunyai ukuran untuk mengukur,mempunyai pedoman untuk menentukan arah tuju.Allah telah memerintahkan supaya kita mengikut jalan yang dilalui Rasulullah dan para sahabatnya,iaitu jalan yang lurus(lurus selurusnya).Oleh itu marilah kita sama-sama kembali kepada jalan yang dijalani oleh Rasulullah semoga dengan jalan ini,kita akan selamat di dunia dan akhirat..

Sunday, March 14, 2010

Tingkat penggunaan WiFi di universiti



PETALING JAYA - Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini perlu memberi kelonggaran kepada pelajar terhadap penggunaan WiFi di universiti dan kolej mereka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun terdapat belanjawan dipotong namun bukan alasan untuk IPT menaiktarafkan perkhidmatan Internet kepada pelajar.

“Saya masih tidak berpuas hati dengan sikap pemimpin IPT kerana mengehadkan penggunaan akses Internet dengan mengenakan tindakan terhadap calon tertentu pelajar yang berkempen melalui laman sosial Facebook kerana Perdana Menteri turut menggunakannya.

“Saya sudah menasihatkan hal ini kepada mereka namun ia masih berterusan. Internet adalah medium penting kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Seminar Muslim Super di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, kesesakan trafik Internet merupakan masalah utama yang dihadapi pelajar walaupun mempunyai akses.

“Saya menerima keluhan berhubung pelajar gemar memuat turun video sedangkan perkara ini menjadi kebiasaan pada masa kini kerana terdapat bahan pembelajaran berbentuk video yang diperlukan untuk tugasan mereka.

“Mereka tiada pilihan dan perlu mengubah fikiran dalam memahami cara pembelajaran moden. Pelajar yang menelaah tidak kira masa dan tempat perlu menggunakan Internet sebagai medium mendapatkan maklumat,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu mempertingkat kelajuan Internet yang setaraf dengan perkembangan teknologi kini untuk kemudahan pelajar di samping melahirkan modal insan generasi muda.-Sinar-

Monday, January 18, 2010

Dari mata turun ke hati-Termeterai kasih di matrikulasi..

Masa berlalu begitu cepat..tanpa kita sedari usia kita semakin meningkat..tanggungjawab semakin bertambah..
amanah yang dipegang perlu dilaksanakan...Begitu juga dengan diriku..banyak yang perlu disusun atur semula..agar tidak terlepas pandang.
Tiada seorang pun yang terlepas dari tanggungjawab..sebagai anak,pelajar,pemimpin,pekerja dan sudah tentu tanggungjawab sebagai seorang hamba.Tahun baru,semester baru,banyak yang perlu di perbaiki dan sudah tentu harus muhasabah diri..

Apa yang ingin kunyatakan tentang sahabatku..mereka seorang yang hebat,berada di sisi tatkala susah dan senang.Seorang yang sgt bertanggugnjawab sebagai anak,sebagai kakak dan sebagai seorang sahabat.Dari matrikulasi kami sama2 mengukir janji,memahat setiap kata2 didalam hati..agar masing-masing tidak akan terlepas pandang pada setiap apa yang dijanjikan.Kami sama-sama berkongsi impian,kejayaan dikongsi bersama dan kegagalan?sudah tentu kami kongsi bersama..

Betapa kasih dan cinta pada ukhwah ini..kami lima sahabat mencadangkan setiap orang akan ada satu panggilan istimewa..along,angah,alang,achik dan ucu..indah sekali..kerana persahabatan yang terjalin ini bukan atas dasar kepentingan sendiri,bukan atas dasar untuk bersuka..tapi persahabatan yang terjalin ini semuanya kerana rasa kasih dan cinta kerana Allah..



 Syukran diatas pengorbanan yang dilakukan..tatkala pilihanraya matrikulasi..kalian yang berdebar dan kerap menelefonku memberitahu perkembangan terbaru..tatkala diri ini sibuk dengan tanggungjawab jpp,kalian tidak pernah meninggalkan ku..tatkala diri ini lebih banyak meluangkan masa bersama mad'u ku yang lain yang menuntut perhatian yang lebih dariku..kalian tidak mudah terasa hati..walaupun diri ini ada memungkiri janji..namun kalian tidak pernah  menyimpannya di dalam hati.waktu diri ini ditimpa musibah..kalian menghembuskan kata2 semangat..waktu diri ini difitnah,kalian mengubat hati ini dengan berusaha membersihkannya..malah kalian juga turut menitiskan air mata..waktu diri ini tidak mampu melelapkan mata kerana berduka cita,kalian turut bersamaku tidak tidur dan sentiasa dekat denganku..waktu diri ini butuh waktu bersendirian,kalian menghormati kehendakku,waktu diri ini tidak punya masa untuk makan...pasti..pasti.bila aku pulang ke bilik..diatas meja sudah tersedia sebungkus makanan dan air buatku...
waktu diri ini tidak dapat menghadiri kuliah atau tutorial kerana tuntutan tanggungjawab..pasti..pasti..diatas mejaku akan ada nota yang menyatakan apa yang perlu disiapkan dan apa yang perlu dihantar..

Sungguh diriku terharu..ucu(kirana humaira) pasti terjaga pabila diriku pulang lewat kebilik..soalan yang diutarakan selalu kepadaku adalah "Nti baru balik ya?,jangan lupa makan".begitu juga Angah..selalu mengutuskan sms tanda risau dan mengambil berat dan kemarahan angah bisa menghiburkan diriku..kerana kemarahan itu disebabkan angah terlalu risau kepadaku..Begitu juga Achik..walau achik tidak banyak berbicara tp dia juga mengambil berat tentangku,dia juga susah hati tatkala diriku ditimpa musibah..Begitu juga Along..along banyak memberi kata perangsang tapi along juga la yang mudah menangis..




 Alhamdulillah,kini kami masing2 berada di menara ganding,masing2 masih meneruskan usaha bagi menggapai bintang di langit..Jarang bertemu bukan alasan yang bisa menggugat persahabatan kami.Kasih antara kami tetap padu walau adakala pasti dilanda ombak dan badai.Itu semua mematangkan kami.Mengajar kami erti kehidupan.Senyum,tawa suka dan duka..dan yang paling indah apabila dapat melihat sahabat2ku melakukan penghijrahan dalam hidup mereka..Masyaallah..terharu..moga diriku dan kalian istiqamah..Benar kata pujangga 'dari mata turun ke hati'




Walau hubungan kita adakala dilanda ombak dan badai..namun ia tidak bisa menembus dan meruntuhkan tembok persahabatan yang kita bina.. sesungguhnya ombak dan badai itulah merupakan perisa tambahan yang mengindahkan lagi jalinan persahabatan kita..

Buat angah,kini dirimu sedang di uji,jiwamu merintih...hatimu resah,kerana perjalananmu terhenti seketika..tapi itu tidak bermakna hidupmu sudah berakhir..itu tidak bermakna dirimu sudah tiada apa2..bagi kami, angah sgt istimewa..jatuh itu sebagai pengalaman dan pengajaran buat kita..kerana kita tak selamanya berada di atas.yakinla dengan janji2 Allah..usah dikau berputus asa angah.'.Bersabarlah,bukan usahamu sia-sia,cuma kemenangan yang lewat tiba'

Kudoakan Allah kekalkan kita di atas jalan ini untuk selamanya dan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat..Satu sahaja hasratku..ingin ke syurga bersamamu semua..sahabatku fillah

syukran sahabatku..along(latun),angah(nadia),achik(absah),ucu(kirana)-DARI MATA TURUN KEHATI-TERMETERAI KASIH DI MATRIKULASI

Bicara seorang kakak buat insan bernama yang 'amat bahagia'..

Duhai adikku sayang,janganlah menangis..usaplah air matamu..kerna namamu yang 'amat bahagia'.Senyumlah tika duka atau gembira.Maafkan kakakmu kiranya adakala terlupa akan dirimu..Asif ya ukhti..
Adikku,
Tabahlah menghadapi badai dunia yang semestinya akan menguji..seperti yang telah tertulis dalam 'surat cinta' Allah (Al-Baqarah:155) bermaksud:"dan kami (Allah) pasti menguji kamu...."
Adikku,
Hadapilah ujian itu dengan sabar dan solat serta berdoa kepada Allah.(2:45)(2:186) sesungguhnya Allah sangat dekat dengan kita dan akan memakbulkan doa orang yang berdoa kepada-Nya.

Sikapmu yang lembut,ceria dan bersabar membuatkan ana ingin sering bersamamu..adikku,dirimu mengajar erti kesabaran dan berbaik sangka dengan orang lain.Tutur bicaramu membuatkan ana ingin sering mendengar.Itulah kehebatanmu..susurkanlah kehebatanmu itu di jalan dakwah.Moga dapat membawa seribu pengertian..perkenankan Ya Allah..insyaallah..(19 Muharram 1431)

Monday, January 11, 2010

Akhawat sejati..

Akhawat sejati bukanlah dilihat dr wajahnya yang manis dan menawan,tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang disekitarnya.Pantang baginya membuka aurat dan mempamerkan kepada sesiapapun,kecuali pada mahramnya.Dia sentiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri,keluarga serta agamanya.
petikan(Engkau memang cantik)