Thursday, January 10, 2013

Anak kecil itu..


Usai sahaja berbicara denganmu,aku tidak mampu lagi membendung apa yang terbuku di kalbu..maka mengalirlah manik-manik jernih d pipiku.Hatiku sayu,sebu...Perbualan denganmu telah membuatkan aku menyingkap kembali zaman kecilku juga zaman persekolahanku.Aah,pasti sahaja bila dikatakan zaman kecil,kebanyakannya kan mengenang kembali kenakalan dan keupayaan sebagai anak kecil ketika waktu bermain atau ketika mengasah bakat membina sesuatu yang hebat  dari perkakas dan perhiasan rumah.Sudah pasti kan kedengaran waktu itu leteren ibu.Huhuhu..bermain di taman permainan,mahupun berkejaran di sekeliling rumah.Lucu bukan.


Tidak pada ku..Di saat usia baru mengenal huruf dan membaca..waktu bermain bukan keperluanku,malah aku tidak ada masa untuk itu.Waktu itu aku diajar tetang tanggungjawab sedangkan saat itu erti tanggungjawab juga aku tidak tahu.Aku harus sentiasa berwaspda.Harus sentiasa melindungi keluarga,terutama adik2 ku.Waktu itu aku sudah bijak menghitung kerana aku harus membantu keluargaku meneruskan kelangsungan hidup.Ya,waktu itu aku menapak meniti usia sebagai seorang anak kecil yang punya kudrat yang luar biasa untuk membantu keluarga.Waktu itu aku hanya memahami apa yang aku perlu lakukan untuk melindungi keluarga.Tidak ada pengertian tentang masa depan mahupun keindahan warna kehidupan.Anak kecil itu adalah aku yang seringkali jatuh..bangkit semula..jatuh..bangkit lagi...jatuh dan jatuh dan jatuh lagi..DIA yang tak pernah menjauh sentiasa memberi harapan padaku untuk terus bangkit semula meneruskan hidup sehingga menjadi siapa aku pada hari ini.DIA Maha Mengetahui segalanya..DIA tidak pernah jauh di saat aku menjauh..DIA sentiasa memberi jalan bila aku sudah putus harapan.Betapa kasihNYA dia padaku..di beri peluang untuk berubah menjadi hambaNYA yang taat..Sungguh DIA tidak memerlukan aku,tapi aku sangat memerlukan DIA,Penciptaku.


P.1

Wednesday, January 2, 2013

Hidup...





Mengorak langkah ke hadapan
Meninggalkan kenangan
Diiringi pengalaman
Pahit,manis,derita dan bahagia bersulam
Melakar corak di perjalanan


Terus
Tetap mengatur langkah
Pada hari mendatang
Tersusun kemas
Teratur
Agar langkah tidak sumbang
Agar tidak lagi kecundang


Walau beribu halangan melanda
Ku tempuhi jua
Berbekalkan ilmu dan rahmat yang ESA
Tabah
Meniti hari menuju dewasa
Tawakal dan doa tidak pernah ku lupa
Kerna pasti
Kebahagiaan kan hadir jua



(Penulis:A.A)

Sunday, December 30, 2012

Kadangkala..




Kadangkala
Akan ada duka yang tidak mampu kita kongsi 
Walau ada seribu telinga mahu mendengar
Walau ada seribu mulut yang bertanya
Hatta,
Walau ada begitu banyak bahu untuk kita bersandar dan menangis..

Akan ada
Duka yang masih terbungkam dan tersimpan
Disimpan rapi dalam hati
Tersembunyi dalam senyum dan tawa..
Dalam riang dan ceria

Sesungguhnya
Hanya DIA
Maha mengetahui
Maha mengerti
Maha memujuk
Maha mengasihani

Dari Dia
Jiwa masih teguh
Hati masih tabah
Meneruskan hari-hari
Masih mampu tersenyum lagi
Masih mampu memberi
Walau duka itu masih ada
Tapi masih mampu bahagia

Hanya padaMU aku berserah
Hanya padaMU aku memohon pertolongan,
Hanya padaMU tempat ku mengadu
Terima kasih ALLAH SWT



Tuesday, December 4, 2012

Bila ditanya seperti apakah yang digelar sebagai SAHABAT ?



Usai mengadakan kelas tambahan bersama pelajar-pelajar yang dikasihi,aku meluangkan sedikit masa untuk mereka berkongsi cerita denganku atau bertanyakan apa sahaja soalan padaku."Cikgu,kenapa sekarang susah sangat untuk kita mencari sahabat yang sejati?".Soalan yang menarik perhatianku.Aku memandang wajah mereka satu persatu dengan penuh kasih dan sayang.Aku pasti soalan ini kerap kali bermain diminda mereka yang sedang meniti usia remaja yang kita tahu pada usia inilah mereka suka mencari,memahami mencuba dan pelbagai lagi keinginan yang ada.Andai baik yang di cari maka baiklah perbuatannya (InsyaAllah).Andai buruk yang dicari maka buruklah perbuatannya(Nauzubillah),melainkan sekiranya bertaubat dari apa yang dilakukan yakni belajar dari kesilapan dan perbuatan buruk yang dilakukan seterusnya berjanji pada diri agar tidak sekali-kali mengulangi  perkara yang telah dilakukan.

Aku tersenyum lalu aku bertanya satu soalan kepada mereka.Aku mengharapkan agar soalan ini membuatkan mereka berfikir dan sama-sama bermuhasabah diri"Mengapa ye kita susah untuk menjadi sahabat sejati kepada orang lain?"Ada yang mula menundukkan pandangan,ada yang terpinga-pinga dan ada juga yang mula bergenang air matanya.Aku mengajak mereka merenung kata-kata yang sangat indah dari Saidina Ali:

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"-Renung-renungkan kata Saidina Ali ni.

Mereka mengangguk perlahan.Setujukah?Fahamkah?Aku tidak meneruskan perbualan itu,sengaja membiarkan mereka berfikir dan aku ingin lanjutkan lagi di dalam kelas yang seterusnya agar semua tidak terkecuali seorang pun pelajar ku tertinggal dengan apa yang akan aku jelaskan nanti.

Esoknya,ada seorang pelajar datang kepadaku setelah tamat sesi persekolahan.Inilah pelajar yang bergenang air matanya semalam.Tanyaku"Apa yang boleh cikgu bantu?"."Cikgu,boleh cikgu jelaskan bagaimana kita ingin menilai bahawa dia sememangnya sahabat yang baik pada kita?"Tanya pelajar tersebut dan ini jawapanku:

Saidina Ali bin Abi Talib ada berkata"Saudaramu yang sebenar ialah orang selalu menolongmu (diwaktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu,dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan ) segala urusannya kerana menolong kamu dalam mengahadapi bala dan ujian"

Berdasarkan penulisan Ustaz Muhammad Syikhul Islam berjudul Sahabat,beliau berkongsi ilmu mengenai tingkatan makna sahabat menurut Al-Quran.Sahabat di dalam Al-Quran diasingkan mengikut beberapa tingkatan iaitu:-

1.Shohib (Teman)
  • Boleh jadi Shohib tidak mempunyai pendapat yang sama dengan kita dalam beberapa perkara,tetapi kerana dia selalu menemani kita,maka kita menyebutnya sebagai sahabat dalam perjalanan.
2.Shodiq(Benar atau Jujur)
  • Seseorang yang selalu menyatakan sesuatu dengan kebenaran dan kejujuran.Sikap yang sentiasa berkata benar demi kebaikan sahabatnya.
3.Kholil (Celah )
  • Seseorang yang begitu dekat dengan kita.Sikap dan perilakunya kepada kita dilandasi dengan keikhlasan dan kasih sayang yang terasa menyentuh kalbu kita.Seorang khalil mempunyai 'instinct' dan simpati yang mendalam pada sahabatnya.Ketika sahabatnya gembira,bersuka,sedih,berduka dan berputus asa,Seorang khalil dapat merasakan hal yang sama.Khalil ibarat cerminan diri kita
4.Bithonah (Orang yang mendekat)
  • Seseorang yang kita beritahu rahsia peribadi kita kerana teramat dekatnya dan kuatnya persahabatan yang terjalin.
Luqmanul Hakim pernah mengajarkan anaknya bagaimana cara mencari sahabat.Luqmanul Hakim menyuruh anaknya untuk menguji kelayakan seseorang yang dapat dijadikan sahabat dengan cara membuatkan dia marah.Apabila seseorang tersebut menyikapi sikap kita dengan adil,wajar dan tidak berlebihan maka seseorang tersebut layak menjadi sahabat.

Sahabat yang baik,
Apabila kita memandangnya,membawa kita mengingati Allah,
Mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu,
Terlihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah,
Berkawan dengannya membawa kita berjuang ke jalan Allah.

Bila persahabatan disulami dengan iman dan taqwa,
bila tidak bertemu kan terasa rindu,
bila berjumpa rasa bahagia,
bila berbicara pasti memberi seribu makna,
bila ditegur hati lapang dan mudah menerima.
bila kita menangis dia berusaha menyeka air mata,
bila kecewa,dia rawat dengan kata-kata hikmah,
bila marah dia minta kita meluah rasa padanya,
agar marah itu tidak tebawa-bawa,
agar syaitan tidak berjaya memperdayakan kita,
dalam keupayaan mengawal nafsu amarah.
Bila kita jatuh dia akan membangkitkan kita,
bila kita berputus asa dia ingatkan janji Allah pada kita,
bila diftnah dia tetap setia mempercayai kita,
bila kita berjaya,dia turut sama bersyukur dan gembira.
Kebaikan kita di cerita,keburukan kita dirahsia.
Tidak jemu membimbing.
Tidak jemu berkongsi.
Tidak jemu mendengar.
Tidak jemu memberi nasihat.
Itulah sahabat...

Oleh itu,bagaimana pula dengan kita?Sahabat seperti apakah kita ini?



Pelajar itu memelukku lalu mengucapkan terima kasih padaku.Dia berkata,"Cikgu memahami apa yang saya rasai dan lalui.Cikgu,doakan saya menjadi sahabat yang baik agar saya juga memperoleh sahabat sebaik ini.Cikgu,saya dah penat dipergunakan dan saya letih dengan 'sahabat' yang cemburu dengan apa yang ada pada saya.Saya merasakan seolah-olah 'sahabat' saya itu tidak bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya.Saya mengharapkan persahabatan ini membawa kami untuk lebih dekat kepada Allah.Bukankah bila kita sudah berjanji menjadi sahabat,maka kita meraikan dan mensyukuri kelebihannya,dan kekurangannya di redhai dalam masa yang sama berpesan-pesan pada kebaikan.Nasihatku padanya,"Tidak mengapalah,kita doakan agar dia dan kita berubah menjadi sahabat yang lebih baik kerana Allah Taala.Sama-sama bermuhasabah diri dan berdoa agar persahabatan itu kekal dan semoga Allah kurniakan juga sahabat yang baik buat kita.Lapangkan hati kita,mulakan perubahan dari diri kita dulu,cuba bersangka baik pada dia.Berikan dia ruang dan peluang dahulu.Aku membisikkan satu ayat ditelinga pelajarku :

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa"(Al-Zukhruf:67)



Bersabarlah dan jom sama-sama kita menimba ilmu,memantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.Cikgu sayang kamu kerana Allah".Senyumku padanya.Pelajar itu tersenyum dan mencium tanganku lalu meminta izin untuk pulang.Aku mengangguk padanya.Sambil aku melihat dia berlalu pergi,hatiku berdoa:"Ya Allah,jadikanlah anak didikku soleh dan solehah,lembutkan hatinya,cekalkan jiwanya,mantapkan keimanan dan ketaqwaannya kepada MU YA Allah,Berkatilah mereka Ya Allah..Aamiin"




Wednesday, April 4, 2012

Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah..

Ikatan Silaturahim



Mari kita hayati dan amalkan beberapa perkara yang menguatkan ukhuwah Islamiah berdasarkan panduan Rasulullah SAW:-

1-Memberitahu kepada sahabat bahawa tujuan ikatan persahabatan adalah kerana Allah
2-Saling mendoakan sahabat tanpa pengetahuannya
3-Menunjukkan kegembiraan dan senyuman apabila berjumpa
4-Berjabat tangan apabila berjumpa
5-Mengetahui namanya dan ahli keluarganya
6-Memberikan hadiah pada waktu-waktu yang sesuai..

Nah..mudah bukan..jadi apa tunggu lagi sahabat,ayuh kita praktikkan panduan ini..moga2 bisa mengeratkan cinta dan kasih sayang dalam persahabatan..amin..Semoga persahabatan yang terjalin dapat membawa kepada keikhlasan dalam perjalanan hidup serta diredhai Allah :-)

"Itulah yang Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.Katakanlah:'Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang aku sampaikan itu,melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat.Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik,Kami tambahi kebaikan baginya kebaikannya itu.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya."(Surah Asy-Syra 42:23)

Tuesday, March 8, 2011

Dikau yang menyelia...





Waktu ini..kau cuba menahan rasa
Air mata seringkali diseka
Tanda kau masih punya tenaga
Menghadapi detik dan waktu seterusnya
Kau punya kekuatan..
Kau yakin dengan kebenaran..
Namun akhirnya..
Mengalir jua air matamu
tanda kekerdilan diri sebagai seorang hamba..

Nazirah..
Seindah namamu..
Ku ingin kau tahu dikau sahabatku..
Terima kasih berada disisiku..
Saat aku memerlukanmu..
Nazirah..tabahlah...
Ukhwahfillah abadan abada...


Sunday, February 13, 2011

25 pesanan Luqmanulhakim





01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga. 

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. 

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. 

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga. 

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. 

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. 

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu