Sunday, March 21, 2010

Akhir Zaman ini...

Macapada kini,sudah terang lagi tersuluh kezaliman berlaku dengan berleluasa,ilmu agama dipandang remeh malah hukum agama yang tercatat dalam al-Quran juga tidak terlepas diremehkan.Seperti yang dapat kita lihat,para ulama sudah menghuraikan tentang sesuatu ayat al-Quran itu,namun ada pihak yang cuba mentafsirkan kepada makna yang lain pula.Mereka mentafsirkan dengan mengikut hawa nafsu.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dalam kitab "sahihnya" dalam bab bagaimana ilmu agama dicabut Allah s.w.t "Abdullah bin Amru bin al-'Ash berkata:Aku mendengar Rasulullah bersabda yang ertinya:Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut imu dari  hambanya dengan sekali cabut,tetapi dengan mencabut para ulama sehingga tidak ada seorang pun ulama yang ditinggalkan-Nya ,lalu manusia akan mengangkat para pemimpin yang bodoh,lalu mereka ditanya oleh manusia,mereka memberi fatwa tidak berdasarkan ilmu yang benar,lalu diri mereka tersesat dan juga menyesatkan orang lain."(hadis ini diriwatkan juga oleh Muslim,al-Tirmizi,Ahmad,Ibnu Majah dan ad-Darimi.)

Hakikatnya,semua itu sudah pun berlaku,ulama dan tokoh2 agama serta orang alim sudah ramai yang pergi.Hanya sebahagian kecil daripada mereka yang tinggal."Ilmu agama saat ini banyak dipetik daripada orang-orang bodoh dan jahil"kata para ulama mujtahidin.Salah satu juga bencana yang besar pada masa sekarang ini ialah adanya orang-orang yang dikenal taat,ahli fikah dan agama menyebarkan hal-hal yang berlawanan dengan agama itu sendiri.Mereka menokok tambah dalam perkara ibadah kepada Allah.Sedangkan Allah dalam wahyu-Nya sudah pun memberitahu bahawa Allah sudah sempurnakan "agama kamu untuk kamu".Ini bererti bahawa semua masalah agama dalam kehidupan manusia,sama ada ibadah dan muammalah sudah Allah lengkap dan sempurnakan.Sebagai hamba-Nya,kita tidak perlu menokok tambah atau mengurngkannya.

Hakikatnya sekarang ini banyak perkara yang 'salah' disangka 'benar',terutama dalam urusan sunnah dan bida'ah.Banyak perkara 'adat' menjadi 'ibadat' dan menjadikan 'ibadat' sebagai 'adat'.Selain itu,tidak sedikit jumlahnya orang yang mencapur adukkan 'sunnah dengan bida'ah',mencampurkan yang 'buruk' dengan yang 'baik'.

Kita sebagai umat islam mempunyai neraca untuk menimbang,mempunyai ukuran untuk mengukur,mempunyai pedoman untuk menentukan arah tuju.Allah telah memerintahkan supaya kita mengikut jalan yang dilalui Rasulullah dan para sahabatnya,iaitu jalan yang lurus(lurus selurusnya).Oleh itu marilah kita sama-sama kembali kepada jalan yang dijalani oleh Rasulullah semoga dengan jalan ini,kita akan selamat di dunia dan akhirat..

Sunday, March 14, 2010

Tingkat penggunaan WiFi di universiti



PETALING JAYA - Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini perlu memberi kelonggaran kepada pelajar terhadap penggunaan WiFi di universiti dan kolej mereka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun terdapat belanjawan dipotong namun bukan alasan untuk IPT menaiktarafkan perkhidmatan Internet kepada pelajar.

“Saya masih tidak berpuas hati dengan sikap pemimpin IPT kerana mengehadkan penggunaan akses Internet dengan mengenakan tindakan terhadap calon tertentu pelajar yang berkempen melalui laman sosial Facebook kerana Perdana Menteri turut menggunakannya.

“Saya sudah menasihatkan hal ini kepada mereka namun ia masih berterusan. Internet adalah medium penting kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Seminar Muslim Super di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, kesesakan trafik Internet merupakan masalah utama yang dihadapi pelajar walaupun mempunyai akses.

“Saya menerima keluhan berhubung pelajar gemar memuat turun video sedangkan perkara ini menjadi kebiasaan pada masa kini kerana terdapat bahan pembelajaran berbentuk video yang diperlukan untuk tugasan mereka.

“Mereka tiada pilihan dan perlu mengubah fikiran dalam memahami cara pembelajaran moden. Pelajar yang menelaah tidak kira masa dan tempat perlu menggunakan Internet sebagai medium mendapatkan maklumat,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu mempertingkat kelajuan Internet yang setaraf dengan perkembangan teknologi kini untuk kemudahan pelajar di samping melahirkan modal insan generasi muda.-Sinar-