Sunday, March 14, 2010

Tingkat penggunaan WiFi di universiti



PETALING JAYA - Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini perlu memberi kelonggaran kepada pelajar terhadap penggunaan WiFi di universiti dan kolej mereka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun terdapat belanjawan dipotong namun bukan alasan untuk IPT menaiktarafkan perkhidmatan Internet kepada pelajar.

“Saya masih tidak berpuas hati dengan sikap pemimpin IPT kerana mengehadkan penggunaan akses Internet dengan mengenakan tindakan terhadap calon tertentu pelajar yang berkempen melalui laman sosial Facebook kerana Perdana Menteri turut menggunakannya.

“Saya sudah menasihatkan hal ini kepada mereka namun ia masih berterusan. Internet adalah medium penting kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Seminar Muslim Super di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, kesesakan trafik Internet merupakan masalah utama yang dihadapi pelajar walaupun mempunyai akses.

“Saya menerima keluhan berhubung pelajar gemar memuat turun video sedangkan perkara ini menjadi kebiasaan pada masa kini kerana terdapat bahan pembelajaran berbentuk video yang diperlukan untuk tugasan mereka.

“Mereka tiada pilihan dan perlu mengubah fikiran dalam memahami cara pembelajaran moden. Pelajar yang menelaah tidak kira masa dan tempat perlu menggunakan Internet sebagai medium mendapatkan maklumat,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu mempertingkat kelajuan Internet yang setaraf dengan perkembangan teknologi kini untuk kemudahan pelajar di samping melahirkan modal insan generasi muda.-Sinar-

2 comments:

Anonymous said...

setuju sesangat...ada pro n kontra gak..

asrar humaira said...

memang ada pro n kontra..kontra kiranya salah guna kemudahan..
dalam hal ini yang tidak wajarnya apabila kemenangan calon dibatalkan hanya kerana alasan berkempen di laman facebook..lucu bukan