Sunday, October 11, 2009

Bakal pendidik semakin keliru...

Salam alaik pembaca budiman..kali ini hati ku tergerak untuk membincangkan satu perkara yang heboh diperkatakan oleh bakal-bakal pendidik di Ipta.....perkara yang menggusarkan saya dan sahabat2 yang lain..erm..mengenai posting guru yang telah dibekukan..benarkah begitu?mengapa?bagaimana boleh berlaku?

Masing-masing mula susah hati dan risau mengenangkan masa depan sebagai seorang pendidik yang semakin tidak tetap tahap kestabilannya..ditambah pula peranan guru pada masa ini semakin diperkotak katikkan..seorang rakan saya juga ada yang menyatakan bahawa posting guru akan dibekukan selama 2 tahun....selepas dua tahun juga saya akan graduate bersama rakan2 seperjuangan yang lain..dan adakah ini bermakna saya dan rakan2 saya akan bersaing hebat untuk mendapatkan tempat bersama dengan senior2 yang telah dibekukan posting mereka?semuanya belum pasti..

Sekiranya saudara pembaca mempunyai maklumat yang lengkap tentang perkara ini..bolehla di kongsi bersama..syukran

No comments: