Tuesday, November 17, 2009

Mampukah..

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama..


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..


Ketika aku marah
Inginku titip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar..


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bagai wanginya pusara Masyitah..


Muffakiratul Mukminah 2008m


Falsafah Sains..

    Subjek ini perlu diambil bg memenuhi syarat untuk bergraduat..subjek yang wajib diambil bagi bakal2 pendidik dalam jurusan biologi,fizik,matematik dan kimia..awalnya seperti biasa sy bersama rakan-rakan hanya memenuhi tuntutan bg menghadiri kelas ini..tp akhirnya..kuliah pertama telah memberi impak yang cukup besar buat kami...kuliah selama dua jam langsung tidak terasa..kami semakin berminat dan memberi tumpuan..kami nak dgr....dan terus mendengar..Wajah Dr yang bersahaja..tenang...berkongsi ilmu..lancar tutur kata...kami kagum..bukan memuji atau memuja..cuma mengagumi karaktor dan penyampaian beliau.

              Apa itu falsafah sains?Apa tujuan mempelajari falsafah sains?semuanya dirungkaikan oleh Dr satu persatu..lancar serta mudah difahami..izinkan diri ini berkongsi serba sedikit tentang apa yang telah dipelajari..
Falsafah sains menurut The New  Webster's Encyclopedia -kajian tabii kewujudan dan pemikiran khususnya menerusi pengalaman manusia dr segi mantik atau logik,metafizik,epistemologi dan etika.Falsafah dari b.arab bermaksud ilmu bagi yang mencintai hikmah secara sukarela.Hikmah adalah ilmu khusus bagi mengenali kebenaran.Tujuannya adalah berkait dengan maksud para pemikir bagi menjawab soalan asas tentang alam,ketuhanan,kenali diri,asal usul,penciptaan,Tuhan,takdir dan alam dil uar cerapan.Tujuan asas adalah bagi mencari kebenaran melalui ilmu yang yakin.Matlamatnya adalah agar kita mengenali pencipta alam menerusi dalil ciptaan-Nya yang terdapat di dalam alam semesta(digelar ilmu fizik)-cerapan para indera berdasarkan kuantitatif dan kualitatif.Oleh itu,akal merupakan alat utama dalam penerokaan falsafah.


              Seorang ahli falsafah mesti  mencintai ilmu sepenuh hati,berfikir secara mendalam,selidik alam secara adil dan saksama,merenung serta mengambil iktibar dari peristiwa alam dan menggunakan segala keupayaan untuk mencari kebenaran hakiki yang bertepatan dengan realiti.Seseorang yang mencintai ilmu dan hikmah akan : cinta terhadap cahaya petunjuk,menerima kebenaran dan menolak kesesatan,cinta pada semua makhluk serta akan melakukan kebaikan dan benci kepada kezaliman.Oleh itu,tidak layak seseorang itu digelar ahli falsafah sekiranya menolak kebenaran serta mempelajari ilmu secara terpaksa.Hal ini kerana ilmu merupakan kualiti yang yakin dan tepat dengan hakikat kebenaran.

            Berikut merupakan aspek falsafah yang ditakrifkan oleh penulis yang berbeza:-
  1. Ilmu akal yang menghubungkan alam dengan ketuhanan.
  2. Kajian alam tabii secara teori untuk mengenali diri sendiri.
  3. Melibatkan kajian perkara yang azali dan abadi untuk harmonikan pandangan agama dan pemikiran.
  4. Kajian tentang alam maujud yang menganggapnya sebagai jalan untuk mengenali pencipta.
  5. Jalan mencari kebahagiaan dan kebenaran melalui pemikiran.
  6. Orang yang mencintai ilmu,mengetahui hakikat kewujudan,serta membina teori dan amali yang selari dengan matlamat kehidupan di dunia dan akhirat.
Ciri-ciri serta keitimewaan ahli falsafah akan dibincangkan  nanti.
Sekiranya ada pertambahan atau kebetulan boleh dikongsi bersama..insyaallah..